Komen dalam Panggilan Grup, Benang untuk Bot AI dan Lagi

Baca pengumuman asal dalam Bahasa Inggeris
Komen dalam Panggilan Grup, Benang untuk Bot AI dan Lagi

Dalam kemaskini hari ini, kami meluncurkan komen dan reaksi langsung dalam panggilan grup dan bual video, nota untuk kenalan, cadangan hari lahir, cara baru untuk sesuaikan warna profil anda — serta bual berbenang dan penstriman respon untuk bot AI,**penambahbaikan untuk hadiah**, Liquid Glass di iOS, dan lagi.

Komen dan Reaksi dalam Panggilan Grup

Peserta dalam panggilan grup dan bual video kini boleh hantar komen dan reaksi secara langsung dalam interfes panggilan untuk berkongsi pendapat semasa perbualan.

Komen dan reaksi ialah mesej sementara yang muncul seketika di skrin panggilan — cara pantas untuk sahkan info 👍 dalam pasukan, tunjuk sokongan ❤️ kepada pencipta atau kemukakan soalan semasa mikrofon dimatikan.

Komen dan reaksi kini tersedia dalam panggilan grup dan bual video dalam grup dengan kurang daripada 1,000 peserta.

Untuk hantar komen atau reaksi, tekan butang 'Mesej'. Jika anda hantar hanya emoji, peserta panggilan akan nampak reaksi animasi.

Liquid Glass untuk iOS 26

Telegram untuk iOS kini menampilkan interfes Liquid Glass yang dikemaskini selaras dengan iOS 26. Bar navigasi bawah, papan kekunci, panel stiker dan banyak lagi kini mempunyai elemen lutsinar dengan kesan refraksi yang memuaskan** semasa anda skrol.

Kami akan terus mengemaskini reka bentuk aplikasi selaras dengan evolusi piawaian iOS 26 oleh Apple.

Nota untuk Kenalan

Apabila menambah atau menyunting**kenalan Telegram**, anda kini boleh sertakan nota peribadi — untuk bantu anda ingat bagaimana anda bertemu, di mana mereka bekerja, atau jenis durian kegemaran mereka.

Nota kenalan hanya boleh dilihat oleh anda dan akan muncul di profil Telegram pengguna di bawah bio mereka.

Untuk tambah seseorang sebagai kenalan, buka profil mereka dan tekan 'Tambah ke Kenalan'. Setelah pengguna berada dalam senarai kenalan anda, tekan 'Sunting' pada profil mereka untuk set nota atau tukar gambar profil mereka.

Cadangan Hari Lahir

Apabila menyunting maklumat kenalan seseorang, anda boleh cadangkan hari lahir untuk ditambah ke profil mereka — supaya rakan-rakan boleh meraikannya dengan hadiah Telegram dan mesej bermakna.

Selepas anda cadangkan tarikh, mesej akan muncul dalam bual anda dengan pengguna tersebut, membolehkan mereka tambah hari lahir ke profil dengan satu tekanan.

Hari Lahir yang Disyorkan

Anda boleh tambah hari lahir anda sendiri ke profil melalui Tetapan > Sunting > Tarikh Lahir.

Tetapan Warna Profil Baru

Anda kini boleh ubah penampilan profil terus dari halaman utama Tetapan. Selain pilihan warna praset, anda boleh pilih hadiah untuk gunakan latar dan simbolnya pada sampul profil anda.

Sesetengah hadiah koleksi kini nyahkunci gaya balasan unik — dan membolehkan anda tambah latar dan simbolnya pada link yang anda hantar dan balasan kepada mesej anda.

Tetapan penampilan ini hanya tersedia untuk pelanggan Telegram Premium — bersama puluhan ciri menarik dan berkuasa lain.

Respon Benang dan Penstriman untuk Chatbot

Bot kini menyokong bual berbenang untuk urus pelbagai topik secara selari. Ini amat berguna untuk bot AI — dan membolehkan pengguna akses semula maklumat dari topik terdahulu.

Daripada tunggu balasan penuh, bot kini boleh strim respon secara langsung semasa ia dijana.

Telegram membolehkan model bahasa besar dan platform AI untuk menjana pendapatan melalui pelan langganan bagi menyokong pembangunan lanjut.

Juruprogram perlu aktifkan ciri ini sebelum pengguna boleh akses. Maklumat lanjut tersedia di halaman ini.

Interfes Hadiah yang Dipertingkat

Interfes untuk menghantar hadiah kini lebih kemas dan memaparkan semua hadiah tersedia dalam satu senarai — termasuk yang tersedia di Pasaran Hadiah.

Selepas naik taraf diterbitkan untuk sesuatu hadiah, kos untuk naik taraf akan berkurang secara berperingkat mengikut masa.

Interfes naik taraf kini memaparkan masa tepat bila naik taraf akan tersedia pada harga yang dikurangkan.

Jadual Penurunan Harga Naik Taraf

Hapus Tandatangan Hadiah

Hadiah yang anda terima daripada pengguna lain atau beli di pasaran mungkin mengandungi keterangan tentang siapa yang menghantar hadiah tersebut, serta mesej khas.

Kini anda boleh hapus keterangan hadiah dengan Telegram Star — jika anda mahu sorok mesej dari profil atau tingkatkan nilai jual semula di pasaran.

TITLE

Setelah dihapus, keterangan hadiah akan tidak lagi kelihatan di Telegram.

Paparan Hadiah Blokchain

Pengguna boleh pindahkan hadiah ke blokchain untuk keselamatan maksimum.

Bermula hari ini, jika anda sambungkan akaun ke Fragment, anda boleh pamirkan hadiah blokchain anda di profil Telegram.

Displaying Blockchain Gifts

Mini Apl Kutu dan Cadangan

Pada tahun 2020, Telegram melancarkan laman untuk pengguna lapur pepijat dan cadangkan ciri baru.

Kini Platform Kutu dan Cadangan juga tersedia sebagai mini apl rasmi, jadi sesiapa sahaja boleh hantar lapuran atau cadangan dalam beberapa tekanan sahaja — tanpa tukar aplikasi.

Pengasas Telegram berusia 41 tahun hari ini, tetapi tidak meraikannya. Ketahui sebabnya di sini.


10 Oktober 2025
Pasukan Telegram