Gambaran Moderasi Telegram

Jumlah Grup dan Saluran Disekat

Telegram sekat beribu grup dan saluran setiap hari dan menghapus jutaan konten yang melanggar Terma Servis, termasuk hasutan terhadap keganasan, berkongsi bahan salah guna kanak-kanak, dan berniaga barangan menyalahi hukum .

Semenjak 2015, moderasi telah menggabungkan lapuran pengguna dengan pemantauan proaktif dikuasai oleh pembelajaran mesin. Pada awal 2024, usaha ini telah ditambahbaik dengan alatan moderasi AI yang canggih.
16 295 337
Grup dan saluran disekat dalam 2024

Grup dan Saluran CSAM Disekat

Telegram menguatkuasakan dasar toleransi sifar untuk Bahan Penderaan Seksual Kanak-kanak (CSAM). Semenjak 2018, imej awam diperiksa secara automatik terhadap pangkalan data hasy CSAM yang disekat oleh moderator kami.

Pada 2024, kami mengembangkan pangkalan ini dengan hasy dari organisasi seperti Internet Watch Foundation (Yayasan Pemantauan Internet). Telegram juga menerbit lapuran telus harian mengenai penurunan konten CSAM.
735 631
Grup dan saluran disekat pada 2024 berkaitan CSAM

CSAM Disekat melalui lapuran NGO

Organisasi January—June 2024 July—November 2024
Stichting Offlimits 2 142 21 765 *
Canadian Centre for Child Protection 7 131 5 902
National Center for Missing & Exploited Children 1 933 3 082
Internet Watch Foundation 107 141
Jumlah konten disekat 11 313 30 890

* Antara 16 September dan 22 October 2024, Telegram terima 17,554 lapuran mengenai konten CSAM dari Jahitan Luar Had (Stichting Offlimits), di mana kesemuanya disekat dengan serta-merta.

Selain dari langkah proaktif dan lapuran pengguna, Telegram memproses beribu lapuran pada CSAM dari organisasi pihak ketiga global melalui alamat emel penurunan secara automatik:

Jadual menyenaraikan empat NGO tertinggi yang telah menyerahkan lapuran penurunan kepada Telegram pada 2024.

Komuniti Pengganas Disekat

Panggilan ke arah kekasaran dan keganasan tiada tempat di Telegram. Semenjak 2016, Telegram telah menerbit lapuran telus harian penghapusan konten pengganas. Usaha anti pengganas Telegram telah dipuji oleh Europol.

Semenjak 2022, Telegram telah mempertingkat usahanya secara signifikan dengan berkalaborasi dengan organisasi seperti ETIDAL, Pusat Global bagi memerangi Ideologi Keganasan. Melalui kolaborasi dengan ETIDAL sahaja, moderator Telegram telah hapus lebih dari 100 juta konten keganasan.
138 987
Komuniti berkaitan pengganas yang disekat dalam 2024