Carian Stiker Berkuasa AI, Video Lebih Baik dan Lagi

Baca pengumuman rasmi dalam Bahasa Inggeris
Carian Stiker Berkuasa AI, Video yang Ditambahbaik dan Lagi

Kemaskini hari in membolehkan anda mencari jutaan stiker dengan AI, menyalin link video pada masa semasa, menetapkan foto sampul untuk video, beri reaksi dengan Star sebagai saluran anda, melayari bot serupa — dan lagi.

Carian Berkuasa AI untuk Jutaan Stiker

Pada Disember, kami menambah carian berkuasa AI untuk lebih 40,000 stiker dan emoji dari pek rasmi Telegram.

Dengan kemaskini ini, model AI kini mengembalikan hasil daripada jutaan stiker tersuai dan emoji yang dimuatnaik oleh pengguna Telegram. Cuba cari kata kunci yang kompleks seperti monyet berfikir atau singa angkasa – panel stiker akan segera mengembalikan apa yang anda cari.

Mana-mana pengguna Telegram boleh membuat stiker atau emoji mereka sendiri dalam beberapa langkah mudah.

Salin Link Video pada Masa Semasa

Sejak 2019, kapsyen dan balasan kepada mesej video telah menyokong cap masa seperti 1:38 untuk menyerlahkan detik lucu atau mengarahkan penonton ke bahagian tertentu.

Apabila berkongsi link ke video di Telegram dalam bual atau di platform lain, anda kini boleh menyertakan cap masa semasa dalam link. Apabila seseorang tekan pada link, ia akan membuka video di Telegram pada detik yang tepat.

Untuk berkongsi link ke video, tekan anak panah kongsi dalam pemain video. Ia akan secara automatik memberi anda pilihan untuk menyertakan masa semasa dalam link.

Sampul Video dalam Saluran

Seperti video yang anda tambah ke stori anda, anda kini boleh memilih bingkai untuk digunakan sebagai foto sampul untuk video yang anda pos dalam saluran. Untuk mencipta lakaran kecil yang menarik, gunakan penyunting video untuk menambah teks, stiker, emoji dan lagi sebelum memilih sampul.

Untuk memilih sampul video, tekan ikon tiga titik di sudut atas editor video dan pilih 'Sunting Sampul'.

Progres Disimpan untuk Video

Video yang anda tonton kini secara automatik menyimpan progres anda — jadi anda boleh berehat pada bila-bila masa dan kembali tepat di mana anda berhenti.

Semua video di Telegram menyokong main balik gambar-dalam-gambar supaya anda boleh terus menonton sambil membalas mesej dan melayari bual lain.

Beri Reaksi dengan Star sebagai Saluran

Pengguna boleh menyokong pencipta kandungan dengan Star dengan menghantar reaksi Star kepada siaran saluran mereka. Untuk memberikan privasi yang lebih besar dan membolehkan pencipta kandungan mempromosikan saluran mereka dalam senarai liga, pengguna kini boleh beri reaksi dengan Star sebagai salah satu saluran mereka.

Reaksi sentiasa menyokong mod tanpa nama — membolehkan pengguna menyembunyikan nama mereka dari senarai liga.

Bot Serupa

Seperti dengan saluran, untuk profil bot kini anda boleh lihat senarai bot serupa untuk membantu anda mencari servis popular lain, utiliti dan permainan.

Itu sahaja untuk kemaskini ketiga Telegram untuk tahun ini. Kami sedang membuat ciri untuk terus hebat, jadi nantikan lebih banyak lagi tidak lama lagi!


12 Februari 2025
Pasukan Telegram