Baca pengumuman asal dalam Bahasa Inggeris

Telegram kini berusia 13 tahun — namun kami tidak akan berhenti menambah ciri baru:
Grup dan saluran kini menyokong mesej aluan untuk memberikan maklumat tambahan kepada ahli baru tanpa mengganggu perbualan untuk yang lain. Apabila seseorang menyertai, hanya mereka yang boleh melihat mesej tersebut.
Pelbagai mesej dan media boleh ditambah ke dalam pek aluan. Pemformatan kaya juga berfungsi di sini — termasuk jadual, media sebaris dan cara-cara pelik lain untuk menakutkan ahli baru.
Mudah sekali! Tiada bot atau sihir Tok Pawang diperlukan. Untuk menambah mesej aluan dalam grup atau saluran anda, hanya buka profilnya dan pilih Sunting > Mesej Aluan — dan kirim sebarang mesej:
11 tahun lalu, bot Telegram membolehkan anda cipta sebarang aplikasi dalam bual biasa. Mulai hari ini, anda boleh cipta aplikasi yang muat di dalam satu mesej sahaja. (Hentikan kami sebelum kami rangkumi Alam Semesta ke dalam stiker.)
Juruprogram kini boleh meletakkan berbilang butang terus di dalam mesej. Digabungkan dengan mesej sementara, ini membolehkan anda cipta aliran untuk apa sahaja daripada tinjauan, permainan, dan horoskop hingga melihat dan membuat pesanan produk.
Mesej seperti ini boleh dipos di mana-mana, termasuk grup atau saluran di mana sebarang bilangan pengguna boleh berinteraksi dengannya — contoh, untuk bermain dam atau catur dalam permainan serentak yang berasingan.
Anda juga boleh gunakannya mereka sebagai mesej aluan untuk membantu ahli mengetahui Jenis Panda Apakah Mereka — atau tekan melalui corak gelap dalam Terma Penggunaan grup anda.
Tiada silap mata Tok Pawang diperlukan di sini juga — namun anda akan perlu melakukan beberapa pengekodan. Bukannya ini akan menakutkan sesiapa dalam era pengekodan zaman sekarang, betulkan?
Informasi lanjut untuk juruprogram ada tersedia di sini.
Editor teks kaya kini menyokong lebih banyak jenis media sejajar, jadi anda boleh sertakan dokumen, fail dan muzik di mana-mana sahaja dalam teks anda. Kerana tiada apa yang lebih bermakna daripada spreadsheet Excel selepas setiap perkataan untuk menyatakan “Saya sayang kamu”.
Untuk membuka editor teks, tekan ikon ⛶ yang muncul selepas menaip lebih daripada 3 baris teks dalam medan input.
Setiap orang pasti ada seorang rakan yang tidak mengaktifkan kemaskini automatik, jadi juruprogram kami menambah ruang letak bergaya yang akan muncul apabila aplikasi lama tidak dapat memaparkan ciri baru — dan memberikan anda butang untuk terus memuat turun kemaskini terbaru.
Misi anda adalah untuk memastikan mereka mengemaskini sekarang, supaya mereka dapat menikmati kesan-kesan ini pada masa akan datang kami tambah sesuatu yang menarik.
Untuk mengaktifkan kemaskini automatik di Android, buka Play Store dan tekan Tetapan > Keutamaan Rangkaian > Auto Kemaskini Apl. Di iOS, pergi ke Tetapan > App Store > dan dayakan 'Kemaskini Apl'*.
Anda boleh menggunakan Telegram Star untuk membeli beribu-ribu hadiah jarang dijumpai daripada pengguna lain di pasaran hadiah kami yang selamat dan mudah diguna. Kini anda juga boleh tambah tandatangan dan komen anda pada hadiah yang anda beli di sana.
Kerana tiada apa yang lebih bermakna dari “Saya sayang kamu” seperti prakasih Plush Pepe yang benar-benar berkata "Saya sayang kamu!"
Untuk kirim hadiah dari Pasaran Telegram, buka mana-mana profil pengguna dan tekan ⋮ / ⋯ > 'Kirim Hadiah', kemudian pilih penapis 'Koleksi' untuk beli hadiah jarang dijumpai yang dinaik taraf.
Telegram baru sahaja berumur 13! Ia masih belum boleh memandu atau mengundi (bila ada orang tengok), tapi sekurang-kurangnya akaun media sosial kami akhirnya keluar dari zon kelabu — atau akan keluar jika ia tidak dikendalikan oleh budak berumur 8 tahun.
Dalam setahun yang lalu, kami telah melancarkan 12 kemaskini utama yang mengandungi lebih daripada 55 ciri — berikut adalah beberapa kegemaran kami:
Sekarang kami ingin kembali bekerja, dan anda — pergilah meraikan dan bersuaralah demi kebebasan bersuara.
Ia tidak akan bersuara sendiri!
25 Ogos 2026
Pasukan Telegram