Baca pengumuman asal dalam Bahasa Inggeris

Menikmati musim panas adalah terlalu dibesar-besarkan. Apa kata anda cuba kemaskini baru kami:
Kami tahu anda sukar untuk meluahkan diri dengan perkataan. Jadi hari ini, kami berikan anda lebih banyak GIF sebuah editor teks lanjutan dengan sokongan untuk tajuk, jadual, senarai, petikan dan blok kod! Ia juga membolehkan anda tambah foto dan video di bahagian tengah mesej.
Jangan risau, editor ini dilengkapi dengan interfes visual yang intuitif — dan anda juga boleh guna alat AI berkuasa Cocoon untuk menjana teks “anda” dengan privasi penuh.
Seperti kemaskini pemformatan kaya untuk bot, editor membolehkan anda mengirim sehingga 32,768 aksara dalam satu mesej. Tunjukkan kepada robot apa yang manusia boleh lakukan!
Editor Teks Kaya kini tersedia hanya untuk pengguna Telegram Premium. Kenapa? Kerana jika tidak, kami terpaksa memanggilnya Editor Teks Miskin — dan anda tentu tidak akan rasa selesa.
Beberapa grup, saluran, dan bot kini boleh dihubungkan bersama menjadi komuniti berdasarkan topik yang sama. Ahli komuniti boleh lihat bual lain dan sertainya serta-merta. Memulakan pujaan tidak pernah semudah ini!
Bual dalam komuniti boleh Dilihat oleh semua ahli atau Tersorok dari semua orang kecuali pentadbir komuniti dan ahli bual tersebut. Pujaan 101: Sentiasa simpan resepi tersorok grup perkongsian untuk Tok Penghulu anda.
Komuniti menjimatkan ruang dalam senarai bual anda. Anda boleh tukar sama ada komuniti dipaparkan sebagai bual berasingan atau sebagai satu bual yang akan berkembang apabila anda membukanya.
Komuniti berkolaborasi secara paras asal, membenarkan mana-mana ahli untuk tambah lebih banyak bual — tetapi anda boleh hadkan ini dalam tetapan sebelum ahli pemuja anda tambah 47 grup kucing. Bila menambah bual adalah terhad, anda sebaliknya akan nampak mereka sebagai cadangan.
Dengan mod bot tetamu, anda sudah boleh dapatkan maklumat dari bot dalam mana-mana bual. Selepas kemaskini hari ini, mesej ini akan tidak lagi menggangu bual grup untuk setiap orang.
Bot dalam grup kini boleh kirim mesej yang hanya boleh dilihat oleh orang tertentu, seperti mesej ucapan, ringkasan AI privat, ralat, pengesahan, atau menu dengan butang.
Bot boleh kirim mesej sementara pada bila-bila masa atau respon kepada koman tertentu. Koman ini disorotkan di menu bot dengan ikon tertentu, dan hasil mesej boleh dinampak hanya kepada bot dan orang yang guna mereka.
Juruprogram bot boleh dapat maklumat lanjut tentang mesej sementara di sini.
Adakah kami baru sahaja kata kami tidak akan beri anda lebih banyak GIF? Kami tersilap. Panel GIF kini membolehkan anda mencari lebih 350 juta GIF dalam 36 bahasa. Carian baru ini dikuasakan oleh indeks luar talian untuk GIF yang banyak dikongsi dan tersedia secara umum dengan model AI sumber terbuka.
Bukan seperti apl pemesejan lain, carian GIF Telegram anda adalah sepenuhnya peribadi, tidak bergantung pada pihak ketiga — dan kini jauh lebih pantas.
Itu sahaja untuk kali ini. Sekarang masanya untuk dapatkan cendul atau ABC durian Musang King!
14 Julai 2026
Pasukan Telegram