Hapus Automatik, Wijet dan Link Jemputan Terhad

Baca pengumuman rasmi dalam Bahasa Inggeris
Hapus Automatik, Wijet dan Link Jemputan Terhad

Kemaskini ini memperkenalkan pemasa hapus automatik untuk mesej dalam mana-mana bual, dan juga link jemputan fleksibel dan akses ke bual anda yang lebih pantas dengan wijet skrin utama. Juga, grup boleh mempunyai ahli tanpa had.

Mesej Hapus Automatik

Setengah perbualan bukan untuk disimpan selama-lamanya, dan itulah sebabnya mengapa pengguna Telegram boleh hapus mesej untuk semua peserta dalam perbualan pada bila-bila masa, tanpa dapat dijejak. Semenjak 2013, pengguna juga boleh set pemasa musnah sendiri untuk mesej di Bual Rahsia.

Bermula hari ini, anda boleh dayakan pemasa musnah automatik pada semua bual Telegram, yang akan secara automatik hapus mesej untuk semua peserta samaada 24 jam atau 7 hari selepas dikirim.

Hapus automatik hanya berlaku pada mesej yang dikirim selepas pemasa diset, mesej terdahulu akan berada di sejarah bual. Lain daripada Bual Rahsia,pembilang masa undur bermula bila mesej dikirim, bukan dibaca.

Untuk dayakan pemasa pada Android, tekan ⋮ > Padam Sejarah kemudian pilih tempoh masa.
Di iOS, tekan lama pada mesej, tekan Pilih > Padam Bual (kiri atas) > Dayakan Hapus Automatik.

Semua mesej memapar pembilang undur pada masa hapus mereka - hanya tekan pada Android atau tekan lama pada iOS untuk melihat. 🕵️

Masa sebelum tamat

Di grup dan saluran, hanya pentadbir boleh dayakan atau tukar pemasa.

Wijet Skrin Utama

Untuk akses serta merta ke bual anda yang paling mustahak, tambah wijet Telegram ke skrin utama anda. Wijet Bual akan tunjuk pratonton mesej terbaru, dalam masa yang sama Cara Pantas Wijet hanya akan tunjuk nama dan gambar profil.

Di Android, bual dan mesej dalam wijet akan sentiasa dikemaskini, dan anda boleh besarkan wijet untuk memenuhi ruang skrin anda. Di iOS, wijet akan hanya menerima data baru sekali sekala dan ianya tak boleh dibesarkan - disebabkan oleh limitasi sistem.

Untuk tambah wijet, tekan lama pada skrin utama anda, kemudian tekan Wijet pada Android atau (+) pada iOS dan cari untuk Telegram.

Link Jemputan Terhad

Link jemputan adalah cara cepat dan mudah untuk membawa 1 atau 1 juta orang ke grup dan saluran anda. Selari dengan link jemputan utama, pemilik dan pentadbir kini boleh cipta link tambahan dengan tempoh terhad, kekerapan kegunaan, atau kedua-duanya.

Mana-mana link jemputan boleh ditukar ke Kod QR yang boleh diimbas pada semua benda dari risalah ke papan iklan. Anda juga boleh lihat pengguna mana sertai menggunakan setiap link jemputan dan untuk melihat dari mana ahli baru datang atau cara mana yang paling efektif untuk maju ke hadapan. 🚀

Untuk lihat dan urus link jemputan, tekan untuk buka Profil Grup atau Saluran anda > Sunting > Link Jemputan. Tekan (⋮) atau (⋯) untuk tukar link ke Kod QR.

Grup Tanpa Had Ahli

Grup Telegram membenarkan hingga 200,000 ahli untuk bertukar mesej, media dan stiker. Grup yang telah hampir mencapai had kini boleh tukar ke Grup Siaran yang membenar keahlian tanpa had.

Menukar ke Grup Siaran akan membolehkan hanya pentadbir boleh kirim mesej, tetapi ahli masih boleh sertai bual suara.

Grup Siaran adalah sesuai untuk kumuniti besar, di mana orang boleh ikuti dan mendengar wawancara esklusif, berita, atau hanya perbualan santai.

Tambah Baik Import Bual

Juruprogram kami terus memperkemaskan dan mengembang ciri import bual yang ditambah ke Telegram pada bulan lepas. Dengan kemaskini pada hari ini, mesej dimport kini akan memaparkan disusun mengikut tarikh asal jika ditambah ke bual Telegram yang baru atau mempunyai kurang dari 1,000 mesej.

Susun mengikut tarikh asal kini tersedia semasa mengimport ke semua bual satu lawan satu, semua grup yang baru dicipta, dan grup kecil yang sedia ada.

Sistem Lapuran Lebih Baik

Telegram memproses berjuta lapuran pengguna setiap bulan untuk pastikan platform tidak disalah guna. Untuk menjadikan ianya lebih efisyen, kami akan sentiasa minta anda untuk pilih mesej spisifik bila mengirim lapuran.

Juga, semua opsyen melapur membolehkan anda untuk tambah komen untuk memberi lebih konteks - contohnya bila melapur akaun palsu.

Dan Lagi Emoji Beranimasi

Kemaskini baru akan sentiasa bermakna animasi baru, oleh itu cubalah aksara baru di bawah dengan mengirim satu emoji dalam mana-mana bual.

Itu sahaja pertukaran baru untuk hari ini, mesej ini akan dihapus dalam 3, 2, 1 … oh. Tidak mengapa, ini adalah pos blog, masih belum ada hapus automatik. 😅


23 Februari, 2021
Pasukan Telegram

Berita Lain

그룹을 위한 스토리와 8가지 추가 기능

텔레그램은 9가지 새로운 기능으로 그룹 내 대화를 전혀 다른 수준으로 끌어올려 다대다 커뮤니케이션을 재정의합니다. 이제 그룹은 스토리를 게시하고 그들의 프로필 페이지에 게시물로 저장할 수 있습니다. 그룹은 독특한 배경화면과 상태를 설정할 수 있으며, 그룹의 프로필 커버의 색상과 로고 또는 링크 스타일에 이르기까지 가장 세부적인…
29 Feb 2024

저장한 메시지 2.0, 일회용 음성 메시지 및 8가지 추가 기능

1월 동안, 저희는 텔레그램에 10가지 새로운 기능을 추가했습니다 – 업그레이드된 저장한 메시지, 재생 후 삭제되는 일회용 음성 및 영상 메시지, 언제 당신의 메시지가 읽혔는지를 보여주는 상세한 읽음 확인 등 포함하여 더 많은 기능들이 있습니다.
31 Jan 2024

다채로운 전화, 타노스 스냅 효과 및 대규모 봇 업데이트

텔레그램의 2023년 10번째 업데이트는 향상된 전화 기능을 추가하여 성능을 개선하고 배터리 소모를 적게시키는 다채로운 색상의 새로운 디자인 적용, 메시지 삭제시 적용되는 새로운 증발 효과, 그리고 텔레그램 역사상 가장 큰 봇 업데이트 등을 포함하고 있습니다.
31 Dis 2023

채널 외관, 스토리 게시 등

이번 텔레그램 크리스마스 업데이트에서 채널은 배경화면, 이모지 상태 및 프로필 로고를 설정할 수 있고, 사용자는 채널 메시지를 스토리에 재게시할 수 있으며, 텔레그램 프리미엄을 한 번에 여러 사람에게 제공할 수 있으며, 경품 행사에 추가 상품을 포함할 수 있습니다.
23 Dis 2023