Telegram Star: Pembayaran untuk Barangan Digital dan Lagi

Baca pengumuman rasmi dalam Bahasa Inggeris
Telegram Star: Bayar untuk Baragan Digital dan Lagi

Lebih 400 juta pengguna berinteraksi dengan bot dan aplikasi mini di Telegram setiap bulan – untuk membeli produk, mengakses servis, bermain permainan, dan banyak lagi. Dengan kemaskini hari ini, bot dan aplikasi mini boleh menjual barangan dan servis digital.

Barangan dan Servis Digital

Selama bertahun-tahun, bisnes telah dapat menjual produk fizikal di Telegram melalui bot dan aplikasi mini dan menerima pembayaran dari seluruh dunia. Bulan ini, kami mengemaskini Platform Bot untuk menyokong pembayaran untuk produk digital dengan lancar.

Telegram Star

Untuk membolehkan pembayaran untuk barangan dan servis digital di seluruh ekosistem Telegram, kami melancarkan Telegram Star. Star boleh dibeli melalui pembelian dalam aplikasi Apple dan Google atau PremiumBot, kemudian dibelanjakan untuk produk digital yang ditawarkan oleh bot – dari e-buku dan pengajian dalam talian hingga ke barangan dalam permainan Telegram.

Anda boleh cuba pembayaran menggunakan Star di @DurgerKingBot yang menawarkan kuih kek spesial untuk sebarang majlis (dan walaupun jika kuih kek hanyalah satu rekaan, ianya akan membayar balik Star anda).

Bersedia untuk App Stores

Matawang baru Star patuh dengan polisi terkini Apple dan Google untuk jual beli produk digital – dan memberi juruprogram dalam ekosistem Telegram dan pengguna mereka akses, yang belum pernah berlaku, untuk pembelian dalam aplikasi pada stor aplikasi mudah alih.

Tidak lama lagi, juruprogram akan dapat mengeluarkan Star yang diperoleh oleh bot mereka dalam Toncoin melalui Fragment.

Pembelian produk fizikal kekal sama seperti biasa – menggunakan mana-mana penyedia pembayaran yang disokong oleh Telegram. Juruprogram boleh membaca lebih lanjut tentang perubahan untuk produk digital di laman ini.

Dengan pembayaran mesra pengguna berkelajuan laju untuk barangan dan servis digital, platform bot dan apl mini akan membolehkan bisnes jenis baru untuk menembusi lebih 900 juta pelanggan berpotensi dalam Telegram.

Lebih daripada Bot

Ini adalah hanya permulaan untuk Telegram Star. Kemaskini masa depan akan membawa ciri dan fungsi tambahan kepada Star – seperti hadiah untuk pencipta konten dan banyak lagi.

Lebih dari Bot

Untuk maklumat lanjut mengenai Star, sila semak pos CEO kami di salurannya, Terma Servis untuk Juruprogram yang telah dikemaskini dan Garis Panduan terperinci untuk Pembayaran dalam Star.


6 Jun 2024,
Pasukan Telegram

Berita Lain

스타 경품 및 기타

오늘 업데이트로 그룹과 채널은 경품 행사에서 Telegram Stars를 상품으로 사용할 수 있습니다. 또한, Telegram 브라우저에서 여는 모든 기사를 이제 Instant View로 변환할 수 있어 읽기 편리합니다.
6 Sep 2024

슈퍼 채널, 스타 반응 및 구독

오늘은 텔레그램의 11주년입니다. 사용자가 콘텐츠 제작자를 지원할 수 있도록 하는 스타 반응 및 스타 구독, 봇 및 비즈니스 계정을 위한 유료 미디어, 그리고 관리자가 다른 채널이나 개인 프로필로 게시할 수 있는 새로운 텔레그램 채널 모드를 만나보세요.
14 Ogo 2024

텔레그램 브라우저, 미니 앱 스토어, 선물 별 등

오늘 업데이트에서는 여러 탭을 지원하는 새로운 인앱 브라우저와 거의 10억 명의 사용자에게 Web3를 제공하는 기능, 인기 미니 앱이 포함된 미니 앱 스토어, 친구에게 스타 선물을 할 수 있는 기능, 스토리를 위한 날씨 위젯 등 다양한 기능이 추가되었습니다.
31 Jul 2024

미니 앱 바, 미디어 광고, 스토리 검색 등 더 보기

6월 업데이트에서는 미니 앱을 최소화하여 컴팩트 바로 만드는 방법을 추가하고, 콘텐츠 제작자가 유료 사진 및 동영상으로 채널을 수익화할 수 있도록 도우며, 해시태그 또는 위치로 검색하고 새로운 링크 위젯을 도입하여 스토리를 개선할 수 있게 됩니다.
30 Jun 2024