Mesej Aluan, Butang dalam Mesej dan Hadiah Bertanda Tangan

Baca pengumuman asal dalam Bahasa Inggeris
TITLE

Telegram kini berusia 13 tahun — namun kami tidak akan berhenti menambah ciri baru:

  • Mesej Aluan: Sambut ahli baru secara peribadi dalam bual.
    • Cipta mesej aluan tersuai dalam grup atau saluran anda.
    • Hanya ahli baru akan nampak mesej aluan.
    • Lampirkan media atau hantar beberapa mesej sekaligus.
    • Tambah pemformatan kaya melalui editor teks.
  • Butang dalam Mesej: Jadikan sebarang teks interaktif.
    • Letakkan butang dalam teks di grup dan saluran.
    • Bina aliran automatik dengan mesej sementara.
    • Hantar tinjauan, anjurkan permainan atau cipta kuiz.
  • Dokumen Sejajar dalam Mesej: Letakkan sebarang fail dalam blok teks.
    • Sertakan dokumen, fail dan muzik bersebelahan dengan teks anda.
    • Lampirkan fail sejajar dalam dua tekanan.
  • Hadiah Bertandatangan: Tambah komen semasa mengirim hadiah melalui Pasaran Telegram

Mesej Aluan

Grup dan saluran kini menyokong mesej aluan untuk memberikan maklumat tambahan kepada ahli baru tanpa mengganggu perbualan untuk yang lain. Apabila seseorang menyertai, hanya mereka yang boleh melihat mesej tersebut.

TITLE

Pelbagai mesej dan media boleh ditambah ke dalam pek aluan. Pemformatan kaya juga berfungsi di sini — termasuk jadual, media sebaris dan cara-cara pelik lain untuk menakutkan ahli baru.

Bagaimana untuk Tambah Mesej Aluan?

Mudah sekali! Tiada bot atau sihir Tok Pawang diperlukan. Untuk menambah mesej aluan dalam grup atau saluran anda, hanya buka profilnya dan pilih Sunting > Mesej Aluan — dan kirim sebarang mesej:

Butang di dalam Mesej

11 tahun lalu, bot Telegram membolehkan anda cipta sebarang aplikasi dalam bual biasa. Mulai hari ini, anda boleh cipta aplikasi yang muat di dalam satu mesej sahaja. (Hentikan kami sebelum kami rangkumi Alam Semesta ke dalam stiker.)

Juruprogram kini boleh meletakkan berbilang butang terus di dalam mesej. Digabungkan dengan mesej sementara, ini membolehkan anda cipta aliran untuk apa sahaja daripada tinjauan, permainan, dan horoskop hingga melihat dan membuat pesanan produk.

Mesej seperti ini boleh dipos di mana-mana, termasuk grup atau saluran di mana sebarang bilangan pengguna boleh berinteraksi dengannya — contoh, untuk bermain dam atau catur dalam permainan serentak yang berasingan.

Anda juga boleh gunakannya mereka sebagai mesej aluan untuk membantu ahli mengetahui Jenis Panda Apakah Mereka — atau tekan melalui corak gelap dalam Terma Penggunaan grup anda.

Bagaimana untuk Tambah Pengaliran Automatik dalam Mesej?

Tiada silap mata Tok Pawang diperlukan di sini juga — namun anda akan perlu melakukan beberapa pengekodan. Bukannya ini akan menakutkan sesiapa dalam era pengekodan zaman sekarang, betulkan?

Informasi lanjut untuk juruprogram ada tersedia di sini.

Dokumen Sejajar dalam Mesej

Editor teks kaya kini menyokong lebih banyak jenis media sejajar, jadi anda boleh sertakan dokumen, fail dan muzik di mana-mana sahaja dalam teks anda. Kerana tiada apa yang lebih bermakna daripada spreadsheet Excel selepas setiap perkataan untuk menyatakan “Saya sayang kamu”.

TITLE

Untuk membuka editor teks, tekan ikon ⛶ yang muncul selepas menaip lebih daripada 3 baris teks dalam medan input.

Ruang Letak untuk Kemaskini Aplikasi

Setiap orang pasti ada seorang rakan yang tidak mengaktifkan kemaskini automatik, jadi juruprogram kami menambah ruang letak bergaya yang akan muncul apabila aplikasi lama tidak dapat memaparkan ciri baru — dan memberikan anda butang untuk terus memuat turun kemaskini terbaru.

Misi anda adalah untuk memastikan mereka mengemaskini sekarang, supaya mereka dapat menikmati kesan-kesan ini pada masa akan datang kami tambah sesuatu yang menarik.

Untuk mengaktifkan kemaskini automatik di Android, buka Play Store dan tekan Tetapan > Keutamaan Rangkaian > Auto Kemaskini Apl. Di iOS, pergi ke Tetapan > App Store > dan dayakan 'Kemaskini Apl'*.

Hadiah Bertandatangan dari Pasaran

Anda boleh menggunakan Telegram Star untuk membeli beribu-ribu hadiah jarang dijumpai daripada pengguna lain di pasaran hadiah kami yang selamat dan mudah diguna. Kini anda juga boleh tambah tandatangan dan komen anda pada hadiah yang anda beli di sana.

TITLE

Kerana tiada apa yang lebih bermakna dari “Saya sayang kamu” seperti prakasih Plush Pepe yang benar-benar berkata "Saya sayang kamu!"

How to Send a Signed Gift?

Untuk kirim hadiah dari Pasaran Telegram, buka mana-mana profil pengguna dan tekan ⋮ / ⋯ > 'Kirim Hadiah', kemudian pilih penapis 'Koleksi' untuk beli hadiah jarang dijumpai yang dinaik taraf.

13 Tahun Telegram

Telegram baru sahaja berumur 13! Ia masih belum boleh memandu atau mengundi (bila ada orang tengok), tapi sekurang-kurangnya akaun media sosial kami akhirnya keluar dari zon kelabu — atau akan keluar jika ia tidak dikendalikan oleh budak berumur 8 tahun.

Dalam setahun yang lalu, kami telah melancarkan 12 kemaskini utama yang mengandungi lebih daripada 55 ciri — berikut adalah beberapa kegemaran kami:

Sekarang kami ingin kembali bekerja, dan anda — pergilah meraikan dan bersuaralah demi kebebasan bersuara.
Ia tidak akan bersuara sendiri!


25 Ogos 2026
Pasukan Telegram

Berita Lain

پیام‌های خوش‌آمدگویی، دکمه‌ها در پیام‌ها و هدایای امضا شده

معرفی می کنیم: پیام‌های خوش‌آمدگویی برای استقبال از اعضای جدید گروه‌ها یا کانال‌ها، دکمه‌ها در پیام‌ها برای تعاملی کردن هر متنی، اسناد…
25 Ogo 2026

ویرایشگر متن غنی، انجمن‌ها، پیام‌های نامرئی در گروه‌ها و ۳۵۰ میلیون گیف

معرفی یک ویرایشگر متن غنی برای قالب‌بندی و تولید متن، جوامع تلگرام که چندین گروه، کانال و ربات را به هم متصل می‌کنند، جستجو در میان بیش…
14 Jul 2026

اپلیکیشن‌های ساعت هوشمند، متن غنی برای ربات‌ها، نگهبانان هوش مصنوعی برای گروه‌ها و بسیاری امکانات دیگر

به‌روزرسانی امروز تلگرام را به اپل واچ و ساعت‌های هوشمند اندرویدی می‌آورد، متن غنی فوق‌العاده…
11 Jun 2026

ربات‌های هوش مصنوعی مهمان، گفتگوی ربات با ربات، اتوماسیون گفتگو، سبک‌های سفارشی هوش مصنوعی، جستجوی بیش از ١۰۰ میلیون اموجی و استیکر و موارد بیشتر

به‌روزرسانی امروز یک انقلاب در ربات‌های هوش مصنوعی…
7 Mei 2026