Baca pengumuman asal dalam Bahasa Inggeris
Kemaskini hari ini memperkenalkan panggilan grup yang ekstra selamat dan mudah diguna. Kami juga melancarkan peningkatan besar yang membolehkan automasi penuh untuk akaun Telegram Bisnes, pilihan baru untuk hadiah pengguna, cara yang lebih mudah untuk merayu sekatan akaun — dan banyak lagi.
Telegram pertama kali memperkenalkan panggilan grup pada tahun 2021, membawa bual video berkuasa tinggi untuk grup dan strim langsung bagi saluran.
Kini, anda boleh memulakan panggilan muktamar yang disulitkan awal ke akhir tanpa membuat bual grup — sesuai untuk mesyuarat spontan dengan rakan sekerja atau berhubung dengan rakan dan keluarga.
Dengan panggilan grup yang dinaik taraf, anda boleh:
Panggilan grup dilindungi dengan penyulitan awal-ke-akhir. Peserta boleh mengesahkan perkara ini dengan membandingkan 4 emoji yang dipaparkan pada skrin mereka — jika semuanya sepadan, panggilan tersebut adalah sepenuhnya selamat.
Selain itu, panggilan grup menggunakan teknologi seperti blokchain untuk memastikan bahawa, tidak seperti dalam aplikasi lain, tiada sesiapa — termasuk Telegram — boleh menyertai secara rahsia sebagai pengintip.
Kami mengalu-alukan penyelidik keselamatan untuk mengkaji dokumentasi terperinci dan kod sumber terbuka yang menggerakkan panggilan grup baru. Selama lebih dari 10 tahun, Telegram telah menawarkan lebih $100,000 (~RM450,000) kepada sesiapa yang boleh memecahkan protokol penyulitan kami — dan setakat ini tiada siapa yang pernah berjaya.
Anda boleh menghantar link panggilan anda kepada orang lain — walaupun melalui emel atau aplikasi lain — supaya mereka boleh menyertai panggilan apabila mereka bersedia. Ia sesuai untuk menjadualkan panggilan grup lebih awal atau membiarkan rakan menyertai pada masa yang sesuai bagi mereka.
Dari menu link, anda juga boleh menjana kod QR untuk diimbas oleh orang lain. Hanya tekan butang dan pilih Dapatkan Kod QR.
Pengguna Telegram Bisnes (Telegram Premium) boleh menambah chatbot pihak ketiga — termasuk yang dikuasakan oleh AI — untuk mengurus mesej secara automatik. Kemaskini ini memperkenalkan lebih daripada 10 ciri baru, membolehkan perniagaan mengautomasikan sepenuhnya mesej, profil, transaksi, dan stori mereka.
Anda boleh mengawal kebenaran untuk chatbot pihak ketiga menggunakan tetapan yang dipermudahkan seperti 'Urus Mesej' atau 'Urus Profil', dengan togel individu untuk tindakan tertentu — seperti memadam mesej, menyunting foto profil, menyiarkan stori, dan banyak lagi.
Telegram Bisnes disertakan untuk semua pelanggan Premium. Untuk menambah chatbot dan mengurus kebenarannya, pergi ke Tetapan > Telegram Business > Chatbots. Maklumat untuk pembangun chatbot tersedia pada halaman ini.
Pada bulan Oktober, kami memperkenalkan Hadiah Telegram yang anda boleh hantar dengan Star dan menaik taraf kepada terkumpul, membuka gaya unik dan menjadikannya boleh diperdagangkan di blokchain. Pengguna Telegram sudah bertukar lebih 10 juta hadiah setiap bulan.
Jika anda berminat menghantar dan menerima hadiah, anda boleh menambah butang 'Hadiah' pada medan masuk — untuk anda dan rakan bual anda .
Anda kini juga boleh memilih hadiah mana yang dipaparkan pada profil anda. Sebagai contoh, jika anda mahu hadiah daripada kenalan atau rakan tertentu menjadi kelihatan secara automatik.
Pengguna premium boleh memilih jenis hadiah yang boleh dikirim oleh pengguna lain kepada mereka. Sebagai contoh, akaun popular yang mengaktifkan Mesej Star kini boleh memilih untuk menerima hanya hadiah 'Unik' atau 'Edisi Terhad' — untuk menjadikan peti masuk mereka lebih mudah diurus.
Untuk menambah butang 'Hadiah', mengawal hadiah mana yang ditunjukkan pada profil anda atau memilih hadiah mana yang anda terima, pergi ke Tetapan > Privasi Sekuriti > Hadiah.
Anda juga boleh mengurus hadiah satu persatu dengan pergi ke Tetapan > Profil Saya dan beralih ke Tab Hadiah. Menekan hadiah membolehkan anda:
Untuk menghantar hadiah, buka profil mana-mana pengguna dan tekan butang 'Hantar Hadiah'.
Terima kasih kepada alat moderasi yang kukuh dan lapuran pengguna, orang yang cuba menghantar mesej skam (penipuan) atau spam di Telegram dikesan dengan cepat dan diharamkan. Walaupun sistem ini mempunyai kadar ralat yang sangat rendah, pengguna kini boleh merayu pengharaman mereka dari dalam Telegram sekiranya berlaku kesilapan.
Dari terus dikeluarkan, pelanggar yang dilarang akan mempunyai akaun beku — di mana mereka tidak boleh menghubungi pengguna lain, tetapi boleh mengemukakan rayuan untuk disemak oleh moderator kami. Jika berjaya, akaun tersebut akan dibuka semula dan sekatan akan ditarik balik.
Apabila pengguna yang tidak dikenali menghantar mesej kepada anda buat kali pertama, anda boleh tekan di bahagian atas bual untuk serta-merta sekat mereka dan lapurkan mesej mereka kepada moderator.
Kedua-dua iOS dan Android mempunyai gerakan baru untuk dengan cepat memajukan pos saluran ke Mesej Disimpan anda atau kenalan terkini — hanya dengan satu tekanan. Hanya tahan pada anak panah kongsi, seret jari anda ke bual di mana anda ingin memajukan mesej, dan lepaskan.
Bagi pengguna iOS khususnya, kini terdapat gerakan tambahan untuk menambah stori. Semasa melayari stori terkini di bahagian atas senarai bual, anda boleh leret ke kanan pada senarai stori untuk segera membuka penyunting stori dan membuat pos baru.
Pada iOS, meleret ke kanan pada senarai bual utama juga membuka penyunting stori.
Itu sahaja untuk hari ini. Nikmati ciri-ciri baru ini sementara kami memanggil juruprogram kami untuk membuat lebih banyak lagi.
30 April 2025
Pasukan Telegram