Berkongsi Hasil dengan Pemilik Saluran

Baca pengumuman asal dalam Bahasa Inggeris

Hari ini, kami memperkenalkan salah satu dari sistem ganjaran yang paling lumayan dalam sejarah media sosial. Pemilik saluran Telegram kini boleh terima 50% dari hasil iklan yang dipaparkan di saluran mereka.

Ganjaran untuk Pemilik

Pengguna Telegram menjana lebih dari 1 trilion tontonan dalam saluran setiap bulan. Mulai hari ini, pemilik saluran awam dengan minimum 1000 pelanggan boleh dianugerahkan dengan 50% hasil dari iklan yang dipaparkan di saluran mereka.

Monetization stats of a channel

Pemilik saluran boleh melakukan pengeluaran tanpa bayaran – atau labur semula ke dalam Telegram Iklan, nama samaran terkumpul atau Pemberian Premium.

Sila ke Aturan Saluran > Statistik > Monetisasi untuk lihat statistik Monetisasi saluran anda. Pengeluaran untuk pemilik saluran akan tersedia dalam beberapa minggu terdekat di Fragment.

Iklan berdasarkan TON

Untuk merealisasikan ini, kami memperkenalkan iklan jenis baru, di mana pengguna boleh beli dengan Toncoin – satu-satu mata wang kripto yang dijana oleh TON Blockchain.

Kami memilih TON Blockchain kerana ia mempunyai bayaran yang rendah, kelajuan transaksi tinggi – dan memegang rekod dari segi nombor transaksi yang mampu memproses 100 ribu per saat.

Sesiapa jua kini boleh mempromosikan bot atau saluran mereka – dengan bajet serendah beberapa Toncoin sahaja. Bila mencipta iklan Telegram, anda pilih saluran khusus yang anda ingin iklan dipaparkan, memberi anda kawalan penuh pada konteks mereka.

Monetization stats of a channel

Untuk mula, hanya log masuk pada Platform Telegram Iklan.

Kenapa Telegram Iklan Istimewa

Iklan Telegram adalah berlainan dari iklan jika dibandingkan dengan aplikasi lain. Iklan hanya dipaparkan di saluran awam bersaiz besar. Iklan tidak akan muncul dalam bual anda, senarai bual atau lain-lain interfes.

Iklan Telegram tidak berdasarkan pada data pengguna. Iklan hanya bergantung pada saluran di mana anda lihat mereka – dan pemilik saluran dapat memanfaatnya secara terus.

Telegram ad in a large channel

Kami faham tidak semua orang suka pada iklan, walaupun mereka menyokong pencipta konten. Nasib baik, di Telegram sesiapapun boleh matikan iklan dengan melanggan Telegram Premium – dan perolehi berdozen ciri eksklusif, termasuk ciri baru Telegram Bisnes.


31 Mac 2024,
Pasukan Telegram

Berita Lain

AI 에디터, 마이티 폴, 라이브 포토, 봇이 관리하는 봇, 그리고 그 외 더 많은 기능

오늘 업데이트에서는 두 번의 탭만으로 텍스트를 번역, 변환 또는 수정할 수 있는 AI 에디터, 미디어 첨부 및 활성 설문에 대한 새로운 응답 제안과 같은 설문조사용 신규 기능, 모든 앱에서 라이브 및 모션 사진 지원, 다른 봇을 생성하고 관리할…
31 Mac 2026

멤버 태그, 텔레그램으로 로그인, 공유 비활성화, GIF 편집, 날짜 형식 지정, 투표 타임스탬프

오늘 업데이트에서는 그룹 구성원이 자신을 나타낼 수 있도록 태그를 추가하고, 특정 1:1 대화에서 메시지 공유를 비활성화하는 설정, GIF 편집 및 캡션 기능, 텔레그램으로 앱과 웹사이트에 가입 및 로그인할 수 있는 새로운 도구 등 다양한 기능이…
1 Mac 2026

새로운 디자인, 제작 기능 등

이번 업데이트는 안드로이드용 텔레그램 역사상 가장 큰 인터페이스 업데이트와, 독점적인 새로운 선물을 제작할 수 있는 크래프팅 시스템 등 다양한 기능을 추가합니다.
9 Feb 2026

AI 요약, 새로운 디자인 및 기타 기능

텔레그램의 2026년 첫 번째 업데이트는 iOS에서 더욱 많은 Liquid Glass 인터페이스와 채널 게시물 및 인스턴트 뷰 페이지에 대한 AI 요약 기능을 제공합니다. 이 모든 것은 프라이버시 극대화와 사용자 데이터 보호를 위해 설계되었습니다.
3 Jan 2026